Sunday, February 27

Siri Kempen Jauhi Zina 2010

Siri Kempen Jauhi Zina 2010 [Original Link]

Bertemakan "Sayangi Diri Anda-Bijak Jauhi Zina" kami berusaha membawa pendekatan baru dalam metodologi dakwah kepada generasi remaja. Lebih dari 12 sesi ceramah motivasi ini berjalan seluruh Terengganu bermula jun 2010. Nisa Terengganu adalah pemula utama ke arah ini. Dengan berpaksikan bahawa anak muda perlu di cakna, Nisa Terengganu telah mengarahkan seluruh Nisa cawangan untuk menganjurkan program ini. Saya dan Ustaz Mohd Hagia dengan semangat cintakan anak bangsa dan agama turut serta menjadikan suara kami sebagai saham memberi nasihat berguna kepada anak-anak muda seluruh Terengganu. Jun tahun lepas bermula di Kuala Nerus, sehinggakan sesi terakhir bersama remaja di Besut. Lebih dari 2000 remaja telah mendengar nasihat dari kami. Semoga pada tahun ini akan diteruskan lagi dengan modul-modul yang memberikan keinsafan kepada anak muda agar kembali kepada agama Allah dan hidup dalam panduan Islam seluruhnya.

Saturday, November 27

Ceramah Motivasi Sayangi Diri Anda Sempena Kem Kesihatan Marang

Ceramah motivasi jauhi zina telah berjaya dijalankan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hagia Sofia Mohd atas jemputan Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Marang. Sasaran ceramah tersebut adalah remaja sekolah Tunas Bakti Marang.

Friday, September 24

Ceramah Motivasi Sayangi Diri Anda Sekolah Menengah Agama Marang

Atas jemputan dari pihak pengurusan Sekolah Agama Marang, kami diberi peluang untuk menyampaikan sesi interaktif bersama pelajar sekolah tersebut. Sesi in berbentuk semi motivasi dan interaktif bagi mendidik para peserta untuk mengenali diri mereka, dari mana mereka datang, apa tujuan hidup mereka dan ke mana kesudahannya hidup ini.Pertengahan sesi para peserta diberi pendedahan mengenai keburukan mendekati zina dari sudut fizikal dan spiritual. Akhir sekali para peserta diberi beberapa panduan penting bagi menghindari diri dari kemelut gejala sosial dewasa kini.

Ceramah motivasi Remaja: Anda Bijak Jauhi Zina


Sekali lagi pihak Nisa menjemput saya menyampaikan ceramah motivasi remaja. Kali ini Nisa Kuala Terengganu mengambil tugasan untuk berbakti. Program berjalan di dewan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Seramai lebih dari 170 orang remaja hadir dalam sesi ceramah tersebut. Lebih memberangsangkan lagi sesi tersebut diserikan dengan kehadiran Ybhg Ustaz Hagia Sofia. Beliau sudi mencemar duli berganding bahu dengan saya menyampaikan Ceramah motivasi tersebut. Modul awal Sayangi Diri-Anda Bijak Jauhi Zina telah saya ubuh suai bersesuaian dengan target pelajar. Saya mengharapkan semua peserta mendapat manfaat dari ceramah motivasi yang kami sampaikan. Saya juga mengharapkan Nisa seluruh kawasan dinegeri Terengganu menjalankan aktiviti seumpama ini. Contohilah Nisa Seberang Takir dan Kuala Terengganu. Saya juga mengharapkan teguran dari mana-mana pihak bagi memperbaiki modul Sayangi Diri-ABJZ ini.

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Seberang Takir, 15hb Jun 2010. Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda telah diadakan dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Nisa Kuala Nerus dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari remaja sekitar Seberang Takir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Hj Suhazeli bin Abdullah, pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu. Turut serta memberi nasihat pada majlis tersebut adalah Tn Hj Zakaria Dagang. Ceramah diserikan dengan beberapa persembahan multimedia dan sesi soal jawab.
Posted by Picasa

Friday, May 15

Hak Penjagaan Anak ibubapa Muallaf

Umat Islam yang bermaruah tidak sekali-kali akan mengkhianati Islam dan umatnya. Islam membenarkan kita bekerjasama dengan orang bukan Islam termasuk dalam mengurus negara dalam perkara yang tidak melanggar batas syariat Islam. Namun dalam masa yang sama Islam mengharamkan kita memberi wala’ atau ketaatan yang menyebabkan kemuliaan Islam digadaikan satu demi satu kepada orang bukan Islam terutama golongan pelampau agama yang terus berusaha dalam menjadikan negara kita sebagaimana Indonesia di mana Islam sama taraf dengan agama-agama lain sehingga murtad tidak dikira kesalahan. Betapa malangnya apabila kita mempunyai pemimpin yang sanggup menggadai bahasa, bangsa malah agama kerana gilakan kuasa. Demokrasi menjadi agama bukannya salah suatu jalan untuk meninggikan syariat Islam. Kuasa menjadi matlamat utama sehingga perintah Allah dilanggar sedikit demi sedikit bukannya jawatan dijadikan amanah dalam melaksana dan memperkasakan lagi sistem Islam dalam negara. Kita merasa marah dengan keputusan kabinet yang biadap dan menghina Islam yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain. Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.Tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,”

Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini, kita sebagai umat Islam yang bermaruah bangun membantah sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”. Sehubungan itu, kita mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ……...(متفق عليه)

Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….

Apabila menyoroti pendapat para ulama dalam masalah penjagaan anak apabila salah seorang daripada ibubapa memeluk Islam adalah sebagaimana berikut

[1] Menurut jumhur ulamak; hak penjagaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

[2] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak
Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri